Kedah: Tekad akhiri kemarau gol

KINI sudah tiba masanya bagi Kedah mencatatkan kemenangan pertama ketika bertemu Johor FC di Stadium Darulaman, malam ini.

Penolong jurulatih pasukan Hijau Kuning, Radhi Mat Din yakin perlawanan itu menjadi penentu rentak kegagalan mereka sebelum ini.

“Saya yakin Kedah mampu menang walaupun lawan sudah pasti memberi tentangan hebat. “Malah, pemain juga bertekad menamatkan kemarau gol selepas gagal merobek gawang lawan pada empat perlawanan lalu,” katanya yang mengesahkan semua pemain utama Kedah cergas untuk beraksi malam ini.

“Kita juga menyediakan gandingan istimewa untuk rangkaian penyerang Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen Zambri. Namun tumpuan saya memantapkan bahagian tengah bagi memastikan penyerang kita mendapat umpanan.”

Advertisements

Advertisements