Amukan Ultras

BOLA sepak Mesir sudah lama disulami dengan persaingan, permusuhan dan politik.

Sukan ini mencatat sejarah gemilang dengan kelab terkemuka negara itu, Al Ahly bermula sejak lebih seabad lalu, sebagai simbol penentangan terhadap penjajahan Britain.

Malah nama pasukan itu sendiri membawa makna sebagai Pasukan Kebangsaan.

Al Ahly menjadi gergasi bola sepak Afrika, menjuarai Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) sebanyak enam kali dan mencatat rekod dengan 36 gelaran Liga Perdana.

Secara tradisinya, sokongan terhadap pasukan itu datang dari kawasan pinggir bandar Kaherah yang miskin tetapi seperti namanya, ia mendapat sokongan meluas di seluruh Mesir.

Pesaing utama mereka adalah Zamalek. Kedua-dua pasukan datang dari Kaherah dan setiap kali berlangsung perlawanan setempat, bandar raya itu akan terbahagi kepada dua warna, iaitu merah mewakili Al Ahly manakala Zamalek memilih warna putih.

Sebelum ini Zamalek dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah dan golongan elit pemerintah British. Penyokong Al Ahly me�ngejek lawan mereka dengan menggelar mereka pendatang asing.

Begitupun identiti Zamalek kini semakin kompleks apabila menarik sokongan di kalangan penyokong liberal.

Perlawanan setempat diadakan tanpa kelebihan sebagai tuan rumah. Perlawanan itu dipindahkan ke Stadium Antarabangsa dari Kaherah dan pengadil luar negara.

Keganasan membabitkan penyokong dua pasukan berkenaan serta pasukan ketiga Mesir, Ismaily sudah dianggap biasa. Permusuhan terkini Al Ahly adalah dengan pasukan Al Masri dari Pelabuhan Said, yang menyertai sejarah nasionalis dan turut bermaksud Rakyat Mesir.

Biarpun dianggap sebagai antara kelab tertua Mesir, Al Masri menikmati sedikit kejayaan. Dengan kebanyakan wang dan pengaruh politik dirasai kedua-dua kelab besar di Kaherah, pasukan itu dianggap seperti terbuang.

Sebagai ahli penyokong kuat Zamalek, Ultras White Knights 07, berkata tidak lama selepas tragedi di Pelabuhan Said, permusuhan di antara kedua-dua kelab itu bukan disebabkan politik tetapi adalah disebabkan pertentangan yang semakin memuncak di antara Ahlawy, iaitu penyokong ‘ultras’ Al Ahly dan penyokong Al Masri sejak dua tahun lalu serta ‘kurangnya kawalan keselamatan dan polis.

Pembabitan ‘ultras’ menambah kepada landskap bola sepak Mesir yang semakin parah. Kumpulan rasmi penyo�kong yang kali pertama wujud sejak 2007, kemudiannya mula menerapkan fahaman politik dan menentang pemerintahan Mubarak.

Mereka berkumpul beramai-ramai, menguasai jalanan dan bertempur dengan polis, sesuatu yang dilakukan mereka sejak bertahun lamanya, sewaktu revolusi Januari lalu.

Aspek keselamatan yang semakin longgar sejak penggulingan Mubarak, menyebabkan penyatuan di kalangan mereka mula terhakis dan permusuhan lama kembali. Tahun 2011 dicemari banyak kejadian keganasan dan pergaduhan di padang.

April lalu, Ultras Al Ahly terpaksa meninggalkan Pelabuhan Said apabila berlaku rusuhan selepas penyokong Al Masri bertembung dengan mereka di stesen kereta api. Lebih 20 orang tercedera, malah pemain Al Ahly turut mengadu bas mereka dilontar batu.

Kejadian di Pelabuhan Said itu bagaimanapun mempunyai satu impak positif. Penyokong bola sepak kini bersatu dan mara ke Dataran Tahrir untuk mencari jawapan sama ada dari Al Ahly, Zamalek, Ismaily atau Al Masri.

Advertisements

Advertisements