Man United bangkit seri 3-3 dengan Chelsea

LONDON: Manchester United bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk mengikat Chelsea 3-3 dalam saingan dramatik Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Chelsea terlebih dahulu mendahului menerusi gerakan sebelah kanan apabila bola terkena kaki Jonny Evans sebelum masuk ke gol sendiri pada minit ke-36.

Baru seminit separuh masa kedua, bola hantaran jauh Fernando Torres dirembat oleh Juan Mata dan pada minit ke-50, tandukan David Luiz memastikan Chelsea mendahului 3-0.

United kemudian menggandakan serangan menyaksikan Patrice Evra dijatuhkan di dalam kotak penalti sebelum Wayne Rooney menyudahkan sepakan penalti.

Rooney kemudian menyudahkan penalti kedua apabila Danny Welback dikasari juga di dalam kotak penalti Chelsea.

Javier Hernandez menyelamatkan United daripada pulang dengan tangan kosong apabila tandukannya pada minit ke-86 menerjah jaring lawan.

Advertisements

Advertisements