Radhi tagih pemain komited pungut mata penuh

SEMUA pemain Kedah perlu komited dan mempamerkan prestasi terbaik andai ingin memungut tiga mata pada pertemuan menentang Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat malam ini, menurut penolong jurulatih Hijau Kuning, Radhi Mat Din.

Katanya, hanya kesungguhan semua pemain saja mampu menjamin kejayaan andai tidak mahu kekal menghuni tangga terbawah liga.

“Saya yakin terhadap kemampuan pemain untuk mencapai matlamat di Stadium Hang Jebat dan anak buah saya juga perlu memastikan mereka beraksi pada tahap kemampuan sebenar dengan komitmen tinggi.

“Tidak kira siapa beraksi dalam kesebelasan utama, yang pasti mereka tidak boleh leka dan perlu mencari kemenangan sulung musim ini.

“Saya sudah bersemuka dengan semua pemain dan mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya tidak perlu menyedarkan mereka pentingnya perlawanan ini,” kata Radhi.

Katanya, kejayaan ataupun kegagalan pasukan kini berada dalam tangan semua pemain tidak kira tempatan mahupun import kerana kesungguhan mereka saja akan menjamin kejayaan.

Advertisements

Advertisements