Shabery bangga pencapaian hebat Safee

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap, kontrak mewah yang diterima penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali bukan sahaja membanggakan negara malah menjadi sumber inspirasi kepada pemain bola sepak serta atlet dalam bidang sukan yang lain.

Menurutnya, lebih penting kontrak bernilai jutaan ringgit yang diterima Safee itu diharap dapat membuka mata masyarakat bahawa sukan boleh menjadi satu industri yang boleh memberi pendapatan mewah sekaligus menjana kekayaan kepada negara.

“Sebelum ini saya ada mengatakan antara cita-cita saya mahu melihat dalam kalangan pemain bola sepak kita akan lahir jutawan.

“Dan tidak sampai sebulan selepas saya melahirkan hasrat ini sekarang perkara itu telah berlaku, berita Safee menyambung kontraknya dengan Kelab pelita Jaya selama dua tahun dengan nilaian yang diperolehnya lebih RM2 juta sangat mengembirakan,” katanya pada Klinik Skuasy Sekolah-Sekolah Pusat Kegiatan Guru Kemasik Bersama Jaguh Skuasy negera, Azlan Iskandar yang diadakan di Mesra Mall, kelmarin.

Advertisements

Advertisements