Hot Todays

Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts
Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts

Penunggu tandas

Kisah ini dialami oleh rakan karibku… di sebuah sekolah berasrama penuh….

Tandas asrama blok B memang sudah terkenal dengan keseramannya. Ramai senior menceritakan perihal tandas itu kepada kami (junior). Ada yang nampak kepala oranglah, tangan berbululah, dan bermacam-macam lagi.

Tapi aku sama sekali tidak percaya akan cerita-cerita karut itu. Pada fikiranku cerita tersebut sengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan kami. Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh nenekku. Menurutnya, kegunaan tangkal ini adalah untuk menghalau syaitan dan iblis. Tetapi, suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan aku tidak mempercayai nenekku lagi.

Pada suatu malam, aku belajar seorang diri di bilik study. Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah balik ke dorm masing-masing. Oleh kerana aku memikirkan peperiksaan sudah dekat, aku memilih untuk terus tinggal di bilik study.

Selepas beberapa jam, aku mula berasa mengantuk. Aku mengemas barang – barang dan naik ke dorm. Sudah menjadi tabiatku, sebelum tidur aku mesti menggosok gigi dan membuang air kecil. Aku berjalan seorang diri masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba lampu seluruh blok asrama terpadam.

“Ah, blackout!!,”bisik hatiku.

Apabila kakiku melangkah ke dalam tandas. Aku dapat melihat kelibat tubuh orang sedang menggosok gigi di hadapan cermin. Aku dengan ramahnya melemparkan senyum pada orang tersebut. Sedang aku menggosok gigi, aku terdengar bunyi yang ganjil datangnya daripada orang tersebut.

Aku mula berasa takut dan memandang orang itu dengan teliti. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu menggosok giginya dengan pisau dan mulutnya berlumuran darah!

Aku terkejut. Apa lagi, tidak menunggu lama aku terus berlari meninggalkan tandas tersebut sambil menjerit. Seluruh isi asrama terjaga. Oleh kerana terlampau terkejut, aku pengsan. Apabila sedar, didapati aku telah berada di dalam bilik rawatan asrama.

Aku menceritakan apa yang berlaku pada malam itu. Semua kawan-kawanku tercengang dan melopong. Mulai dari malam itu, aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan belajar sehingga lewat malam lagi.

Kisah hantu di ofis aku..

Cerita ini adalah pengalaman yang aku lalui dan juga rakan-rakan ofis yang ceritakan pada aku.

Tapi kisah ini bukanlah nak cerita yang aku ni mempercayai hantu dan kadang-kadang aku pun rasa macam tak percaya apa yang aku lalui.

Buat peminat kisah seram... LAYAN~~~

Ofis yang terletak di cyberjaya tapi makhluk halus ni tetap ada dan ada kalangan rakan sekerja aku yang dah lali dengan usikan dari makhluk tersebut.

Sebenarnya aku dah 2 tahun lebih kerja dekat cyberjaya ni dan ofis kami di tingkat 2, manakala tingkat 1 untuk pejabat bahagian lain..dan sepanjang 2 tahun lebih ni pelbagai cerita yang aku dengar serta aku alami sendiri.

Tapi sampai sekarang aku sendiri tidak pernah melihat dengan mata aku sendiri makhluk halus yang selalu menganggu kami..cuma diganggu dengan cara yang lain.

Ada suara nakal rakan aku gelarkan makhluk tersebut sebagai “kawan pak abu”…dan pak abu tu dah pun pencen tahun lepas.

Kejadian terbaru ialah semalam semasa aku stay kat ofis sementara nak tunggu mahgrib dan lepas tu nak gi lawan bola dekat upm.

Ceritanya macam ni, biasanya bos dan kerani balik dalam pukul 6 petang dan semalam tinggal aku dengan 2 orang yg lain. Pukul 6.30 mereka pun balik jadi tinggallah aku seorang dekat ofis. Meja aku duduk di sebelah bucuhujung ofis dan membelakangkan dinding, jadi partition didepan aku membuatkan aku memang tak nampak keseluruhan ofis aku.

Kadang-kadang kalau aku tak balik, aku mandi dulu dekat ofis dan tunggu nak masuk maghrib aku pun buat kerja apa yang patut dan 15 minit lepas mereka berdua balik…bulu roma aku naik dan aku terasa makhluk tu sedang berlegar legar dikawasan ofis.

Selang beberapa ketika aku dapat menangkap bunyi orang sedang membelek pelan dan meja pelan tu terlindung di sebalik partition meja aku. Mula-mula aku buat tak tahu dan aku pun pasang lagu dekat pc aku supaya aku tak dengar lagi bunyi tu.

Dalam hati aku, tolonglah aku tak kacau ngko so jangan kacau aku…dalam hati je lah sebab kalau nak cakap memang aku tak berani.

Agaknya bila aku pasang lagu si makhluk tu tak puas hati jadi lepas diganggu dengan bunyi orang belek pelan tiba-tiba gedegang bunyi tray printer yg besar dibuka dan ditutup..masa tu hati aku tak sedap dah tapi nak hilangkan takut aku kuatkan bunyi speaker..

Bila makin aku kuatkan speaker tersebut nampaknya makin menjadi perangai makhluk tu,lepas buka tray printer kini main buka tutup tray mesin fotostat pula..dalam pada itu aku cuba beranikan diri tutup lagu dan aku bangun dari meja aku dan mendongak ke mesin printer..sunyi pula lepas tu…

Aku cuba buat2 panggil nama kerani yg baru balik tadi dan suasana sunyi kembali dan aku sambung buat report tapi tak pasang lagu. Tak lama lepas tu..dia mula lagi..bunyi macam orang tengah belek fail, lepas tu bunyi pelan diselak pastu macam suara bos2 aku berborak di satu sudut ofis.

Kesudahannya aku dah tak tahan dengan gangguan bunyi2 tu aku pun shutdown pc then bangun dari meja aku pun cakap..ok aku balik sekarang…niatnya nak bagitau makhluk tu aku nak balik dah..dalam keadaan bulu roma berdiri aku capai beg, gi tutup suis lampu dan aircond dan terus kunci ofis dan pergi surau kat bawah ofis aku semayang maghrib.

Itulah kisah yang aku hadapi, sebenarnya dah banyak kali aku alaminya dan tak pernah pun terserempak dengan makhkuk tu, harapnya tak jumpa pun tak per.

Itu cerita aku, bos aku pula pernah waktu dia nak sembahyang maghrib dekat dalam bilik dia, dia dengar macam ada orang tengah mengemas bilik kosong di sebelah bilik PA dia..bila dia gi buka pintu takder apa2..huhu bos aku tu hati kering.

Kerani pompuan pula pernah menjerit pada satu petang sebab nampak lembaga hitam dekat bilik stor…dan macam2 kisah lagi yg rakqn ofis aku kena. Ada yang tv on sendiri dan macam2 gangguan lagi.

Pernah juga kami berbincang nak halau je makhluk tu tetapi bos aku cakap selagi makhluk tu tak mengamuk dan mengganggu kami dengan teruk biar je lah dia duk kat ofis ni. Lagipun ni memang tempat dia sebelum kita masuk ofis ni.

Ok itu sahaja dah lama nak cerita tapi susah sebenarnya nak gambarkan perasaan dan apa yang di alami tu susah untuk ditulis.

Nota : kalau korang rasa seram dengan cerita ni lepas ni boleh la aku cerita kisah seram dekat rumah aku pula ahakks..

Tadi Aku Pergi Tandas Dengan Siapa?

Gua kecewa sebab kedai yang jual nasi lemak dekat rumah gua tutup pula hari ini. Jadi, kerana kekecewaan gua nih maka gua nak berkongsi 1 kisah seram pada semua pembaca.

Kisah ini adalah kisah benar(telah ditokok tambah serba sedikit) yang merupakan pengalaman seorang kawan perempuan sendiri. Jadi, selamat menikmatinya!

Perut Ainor(bukan nama sebenar) tiba - tiba memulas - mulas di waktu tengah malam yang cukup sunyi dan hening. Ainor cuba menahan sakit perutnya itu kerana keberaniannya adalah di tahap yang paling rendah buat masa ini.

Segala kisah - kisah seram atau mistik berkaitan hantu tiba - tiba sahaja datang menyinggah ke akal fikirannya membuatkan Ainor cuba menahan sebaik mungkin sakit perutnya itu. Malangnya tidak sampai 10 minit sakit perut si Ainor ini datang kembali jadi Ainor terpaksa pergi ke tandas dengan segera.

Ainor keluar dari bilik asramanya untuk ke tandas tetapi memandangkan sepanjang koridor terlalu sunyi berikutan jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 3 pagi maka Ainor berpatah balik dan cuba mengajak 2 orang rakan baiknya iaitu Yati dan Umai untuk menamaninya ke tandas. Ainor bersusah payah mengejutkan mereka dari tidur yang nyenyak di atas tilam yang empuk. Mereka bangun dan bertanya kepada Ainor :

Yati : Alahhhhhh!! Kacau lah aku nak tidur! Kau nak apa?

Ainor : Teman aku kejap pergi tandas! Tolong! Sakit perut sangat nih!

Umai : Esok - esok jer lah kau berak Ainor! Aku mengantuk nih! Selamat malam!

Ainor : Cis! Bangun lah weh! Hari tu aku teman korang! Malam nih korang pula lah teman aku!

Yati : Hah! Mengungkit! Mengungkit!

Ainor : Tak kisah lah ungkit ker tak! Janji korang dua kena teman aku pergi tandas! Sekaranggggg!! Aku dah tak tahan dah nihh!!

Umai : Yer lahhhhhhhh!!

Mereka bertiga pun pergi lah ke tandas dengan segera! Ainor masuk ke dalam bilik air manakala Yati dan Umai menunggu dia di luar bilik air di dalam tandas itu.

Ainor : Korang berdua tunggu aku tau! Jangan balik bilik pula! Nanti putus kawan! (jerit Ainor dari dalam bilik air)

Namun, tiada langsung sahutan balas daripada Yati mahu pun Umai. Ainor mula takut dan sedikit marah kerana geram dengan beranggapan Yati dan Umai telah meninggalkannya seorang diri di dalam tandas. Jadi, selepas selesai urusannya di dalam bilik air maka dia pun berlari masuk ke dalam biliknya dengan segera kerana ketakutan.

Sampai sahaja dia di bilik di lihatnya Yati sedang nyenyak tidur manakala katil si Umai pula kosong tanpa tuannya. Ainor pun terus memejamkan mata. Keesokkan harinya sewaktu di dewan makan si Ainor bertanya kepada Yati.

Ainor : Eh, Yati! Mana si Umai?

Yati : Umai? Umai kan balik rumah! Kau nih boleh buat lupa pula! Kan kita berdua yang hantar dia sampai dekat pondok pengawal petang semalam.

Ainor : Eh? Biar betul nih!

Yati : Habis selama nih pernah ker aku tipu kau Ainor? (Yati memang seorang yang bercakap benar)

Ainor : Alamak!!! (muka pucat)

Yati : Eh? Kenapa kau pucat tiba - tiba nih?

Ainor : Pagi tadi...pagi tadi...

Yati : Dah kenapa tiba - tiba kau gagap pula nih? Ada apa dengan pagi tadi?

Ainor : Pagi tadi aku sakit perut! Lepas tu aku ajak kau dengan Umai teman aku pergi tandas. Aku sendiri yang kejutkan kau dengan Umai. Habis Umai tu...

Yati : Kejap..kejap...kau kejut aku pergi tandas?

Ainor : Ialah! Aku kejut kau dengan Umai pergi tandas lah!

Yati : Kau kejut aku dekat mana?

Ainor : Aku kejut kau dekat katil kau lah! Takkan katil Umai pula. Adoi!

Yati : Masalahnya semalam aku tidur dekat bilik sebelah! Aku tak balik pun bilik kita semalam. Kau biar betul?

Ainor : Woiii!! Agak - agak lah kau nak bergurau! Ker kau nak kenakan aku? Habis tu yang semalam tu sapa pula?

Yati : Sumpah weh aku tak tidur dekat bilik kita semalam. Tak percaya kau tanya budak bilik sebelah!

Ainor : ......................(Pucat)

Kisah seram Highway Jalan Plaza Tol

Aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik... bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh... badan letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau", aku jawap " Ok..." jer...,

Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni..., sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda... merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la... janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb...

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu...., aku rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku berkata "something wrong somewhere" dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah....

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang... alamak kompom ada something kat kerusi
belakang ..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang... tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho....

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya... sayangnya muka dia aku tak nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti...

Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap... gagap... macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali... tapi nak buat macam mana, darurat...beb... itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam manalah suara dia... sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya...

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu...

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram... barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang... macam takda apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda respons...kecewa betul....

Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia " Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling cermin pandang belakang... alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah takda..., aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom dia dah blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul...

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh... 160... aku slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan... macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau tu... janji aku selamat.

Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata.... masih terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak ler...teman...

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah... sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu... dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi... tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu... manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu... untung sabut timbul... boleh buat bini...

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi... aku ingatkan hanya rekaan semata-mata... rupanya real.... wa cakap lu.... tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua...

Diganggu syaitan

HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.

"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.

Cerita asal : Ustaz Haron Ibrahim

Kisah Seram Jalan Gerik

Kisahnya bermula begini.. "Mak..Mail balik dulu mak", "Mail..... Mak kata jangan balik malam ni, pagi esok jela balik dah pukul sebelas ni...".

"Tak boleh mak Mail kena balik malam ni jugak, banyak kerja kat office tu tak sempat siap nanti...".

"Mail balik esok je la, bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni sesorang, bukan dekat Baling ker KL tu......

"Tak apalah mak, Mail balik dulu..Mak jangan risau..Assalammualaikum". Mail mengucup tangan ibunya dan terus memasuki kereta Myvi yang baru seminggu dibelinya..

"Emmmmm.... Boring betullah.." Rungut Mail seorang diri lantas menutup gelombang radio HOTFM setelah boring mendengar Usop Wilcha berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada dashboard keretanya, detik jam 2 pagi, hampir 3 jam Mail memandu sampai naik kematu punggungnya. Ditolehnya kiri dan kanan, jalan semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yang ditujui setelah seminggu menyambut hari raya dikampung...

"Emmmmm...baru sampai Gerik ni...Jauh lagi....."

Tiba-tiba Mail terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula terngiang kata-kata temannya " kau kalau balik KL tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area jalan Gerik tu....Kemalangan selalu terjadi sebab ramai orang selalu jumpa makhluk ghaib......"

Namun kata-kata temannya itu ditolaknya jauh-jauh, dikuatkan jugak semangatnya.

"Aaaarghhhh........Mengarut jer...Mana ada hantu .... Sekarang ni zaman teknologi, internet..Mana ada hantu..." kata Mail sambil mententeramkan hatinya yang memang tidak tenteram....

Mail masih lagi melalui jalan Gerik dan ditekannya pedal minyak seperti biasa dan jauh dihadapan, Mail terpandang kelibat objek putih yang terpacak ditepi jalan, peluhnya mula memercik kembali. "Hantu ker?"Soal hatinya......

"Arghhhh..Mana ada hantu" Dikuatkan semangatnya. Semakin hampir.......dan semakin jelas pandangan Mail terhadap objek tu, kelibat seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan.

Kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. Dalam hatinya berkata..."Buat apa mak cik ni sorang-sorang tengah malam kat jalan ni??"

Lalu Mail memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa untuk menumpangkan perempuan tua tersebut.....

"Mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... Bahaya sesorang malam-malam ni" segera Mail membuka pintu......Tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan.

Kemudian perempuan tua tersebut masuk dan terus menutup pintu kereta...."Terima kasih nak" kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Mail sebaliknya memalingkan mukanya ke bahagian luar..

Perasaan takut Mail datang lagi bila mendengar suara perempuan tua tersebut.......Garau dan sungguh menyeramkam........

Dengan beraninya Mail bertanya.."Aa aa apaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu" kata Mail terketar-ketar......

Dengan nada dan suara yang garau perempuan tua tu lalu berkata..."Sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Mail

"Apa darahhhhh!!!!!!!!" Jerit Mail dengan terkejut beruk, peluhnya semangkin banyak memercik.....Mengeletar anggota badannya dari atas sampai ke bawah tapi terpaksa Mail melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas ke tepi jalan..

Perempuan tu berkata lagi.."Yaaa....Anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti dijilat langsuir........"

Kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semakin kuat anggota badan Mail mengeletar......Ditolehnya kearah perempuan tua itu........Tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya......

"Burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!! !" Tiba - tiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ Burghhhh......Burghhhh........Burghhhh!!!!!!!!

Melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang belakang kereta. Mail mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana terlalu takut "Maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh"

Dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling ke arah Mail...

"Hiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........." Sambil mengilai dengan suara yang kuat perempuan tua itu lantas berkata.....

" ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZEE !"

[Video] Pontianak muncul di Lepar Hilir 7, Pahang


Video ni lama dah. Tak tau betul ke tak hantu Pontianak yang keluar dalam video tu. Korang tengok la sendiri. Huhu. Siap tercungap-cungap abe polis tu mengucap. Tak kan berlakon lak kan.

Kepada peminat cerita-cerita seram..Layan~

Misteri laluan Karak berhantu

Lebuhraya Karak ni bukak pada tahun 1977 dengan jalan sepanjang 60km menghubungkan Kuala Lumpur ke Karak(Pahang). Kalau nak ke Pantai Timur contohnya Pahang, Kelantan ataupun Terengganu memang orang akan lalu Karak dulu..
Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.

Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang belakang, saya tidak nampak apa-apa.

Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga pemanduan, ujarnya yang membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu merokok selain menikmati udara sejuk hutan.

Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan kelajuan untuk memintas beberapa lori besar.

Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya.

Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang kali.

Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.

Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu, katanya yang terus mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.

Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.

Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan perjalanan.

Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah... kita blah! jerit Malik dengan muka panik sambil menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar dari kawasan tersebut.

Pontianak.


Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.

Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup. Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.

Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita.

Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya, kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.

Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.

Pul, betullah. Aku nampak ada benda dekat belakang, kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit, ujar Saifullah.

Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.

Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan, jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.

Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.

Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.

Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang keras kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.

Minta nombor ekor.


Seorang pengguna laluan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, gangguan-gangguan tersebut adalah tanda marah roh-roh yang meninggal dunia di situ.

Kemungkinan besar roh-roh itu marah dengan pengendali trak penunda. Saya sudah beberapa kali melihat kemalangan ngeri di lebuh raya ini.

Bila ada kemalangan saja, trak penunda akan datang. Kalau mereka angkut kereta rosak saja tak mengapa, tapi kebanyakan buat bisnes di situ.

Mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapatkan nombor ekor.

Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.

Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan kacau orang lain, katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan, sebulan sekali melalui lebuh raya berkenaan.

Biarpun ada berpuluh versi kisah seram di sepanjang Lebuh Raya Karak, laluan yang merentas negeri Pahang itu masih tetap menjadi pilihan terutamanya kepada anak-anak Pantai Timur yang mencari rezeki di ibu kota.

Lepas baca cerita ni korang yang lalu jalan Karak janganla takut plak. Ada lagi cerita yang lagi seram tau tak..ahakks...

Rumah Hantu Kak Limah di Seksyen 2 Shah Alam

Ce Cite...Ce Cite.... Ha...Tu salah satu dialog yang femes dalam cite Hantu Kak Limah Balik Rumah..Korang tengok lagi tak? Mesti korang dah tengok punya. Saya ni dah 3 kali ulang tak kan korang tak tengok lagi..Ce Cite...Ce Cite!Hua3

Nak cite la ni...Korang try baca cite seram ni...Korang pernah sampai ke Seksyen 2 Shah Alam tak? Kalau student UiTM meh nak bagi pelempang Hantu Kak Limah sekali kalau cakap tak pernah pegi.Koh3. Tapi cite ni tak de kaitan dengan Hantu Kak Limah pun apatah lagi si Usop, Husin dan rakan-rakannya.Kui3...Korang try la baca kat bawah ni dulu kalau rajin..Kebanyakkan korang mesti dah baca kan..I know...^_^

Beginilah ceritanya bermula............

9 tahun lepas aku dapat smbung belajar kt UiTM Shah Alam. So, perkara pertama yang kena fikir ialah aku nk duk mana sebab aku tak dapat hostel. Oleh sebeb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Umah tu banglo 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....

Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...

Ketiga,pokok ara tepi umah tu besar sangat sampai dahan dia boleh maauk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg....

Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe.

Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...

Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.

Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang.

Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker.

Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...

Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk.

Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari. Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak.

Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smpai bebila...Al-Fatihah..

Korang dah baca kan??Sori la ayat tunggang langgang sebab saya tak ubah pape pun ambik dari blog ni..Cite ni pun tersebar ntah dari sumber mana..Pastu mula la di'share' di serata blog..

Ntah betul ke tidak cite ni saya pun tak pasti...Tapi ada member-member saya yang duduk area Seksyen 2 bagitau memang dekat Seksyen 2 tu ada rumah banglo yang kosong dah tak de orang duduk..Memang menyeramkan jugak la..Ada yang cakap memang rumah tu berhantu..

Dah 2 tahun lebih saya duduk kat Seksyen 7 Shah Alam ni sejak dari belajar sampai dah keje tak pernah pulak dengar cite rumah kat Seksyen 2 tu berhantu. Baru bulan ni je cite ni tersebar...Mungkin betul rumah tu menyeramkan tapi mungkin jugak kisah ni di tokok tambah supaya jadi lebih seram..Tak tau la kan..

Korang yang duduk kat Seksyen 2 jangan la takut...Haha..Memang tak dinafikan benda - benda ghaib ni wujud...Dia pun makhluk Allah jugak..Tapi kita jangan la lemah semangat..Kenapa nak takut dengan benda-benda macam tu...Takutlah cuma pada Allah yang SATU...Sekian...

Apa pendapat korang pasal cite ni? Ada sape-sape yang ada gambar rumah tu? Ke gambar yang kat atas tu memang betul rumah tu sebab tengok ada pokok sampai masuk dalam rumah. Huhu

Lagi satu kalau korang jumpa hantu kat bawah ni...Jangan lari...Mintak sain otograf k...Ngehehehe

Kereta busuk

Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak.

Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun.

Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.

Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya,, cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.

Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu.

Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,

"Nak kemana ni cik adik?", tanya Zues pada wanita tu.

"Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.

"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?", tanya si Zues lagi.

"Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."

"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu", Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.

Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.

"Opssss, berhenti sini bang", dengan nada yang agak kuat.

"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.

"Tu ha, rumah saya", dengan menuding jari kearah satu tempat.

"Takde pun?", Zues kehairanan.

"Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni". sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.

Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.

Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia.

Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???" Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu,

"Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya.

"Abang jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong sampah.

Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu.

Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya "Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?" dengan nada yang agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish macammana boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.

Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.

Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling.

Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?

" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni."

Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!

Terakam gambar pelik semasa melancong di Bali

Kawan saya, Akmal telah mengirim saya gambar yang pada saya agak seram dan mengerunkan hingga bulu tengkok berdiri pertama kali saya melihat.

Akmal dan isterinya telah melancong ke Bali Disember lalu, mereka pun bercadang hendak ke sebuah gua mistik di dalam sebuah kampung di Bali dengan beberapa budak kampung. Antara gambar-gambar yang dirakam, gambar ini yang paling pelik.

Adakah anda mempercayainya? bg saya entahlah... Wallahualam

Hantu Asrama

Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu.

Menurut ayah ku... Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit..

Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut.

Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.

Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......

Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut.

Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.

Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut.

Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi.

Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun.

Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala.

Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang.

Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.

Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.

Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.

Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.

Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.

Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat.

Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.

Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.

Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Allahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga...

Valkswagen Kuning

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang.

Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kereta berat ditumpang Pontianak

MENGHABISKAN cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.

Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.

Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.

Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.

“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”

Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang.

Video pocong terbaru disahkan asli??

Pocong betul ke ni?? menurut sumber pocong ini kelihatan seperti asli,bukan lakonan. Pocong ni di rakam menggunakan kamera handphone oleh seorang budak di sebuah daerah pedalaman di indonesia.

Menurutnya,dlm banyak2 berita dan video yg pernah di saksikan samaada di tv atau youtube,video yg di rakamkan ini merupakan yg paling seram apatah lagi wajah dan tubuh badan pocong tu kelihatan kabur.

Menurutnya lagi,video itu di pertontonkan kepada kawan2 dan akibatnya,2 orang dari mereka meracau dan demam2 malah salah sorang darinya masih di rawat sehingga hari ini.

Secara peribadi, Saya berasa video ini memang nampak tulen dan asli..walaupun permulaan video tu nampak macam x real, tapi korang kena tengok sampai habis.

Amaran: ibu2 mengandung dn yg ada sakit jantung di larang tengok… korang nilai sendiri k..


Kaki mencari Jasad

Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.

Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.

"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.

"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.

Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.

Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.

Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

"Ya Allah...abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

"Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.

"Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.

"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?

Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?

Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.

Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.

"Ya Allah, abang Hashim..." bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.

"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.

"Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

Asal Usul Hantu - anda rasa bagaimana?

Ini sebahagian hantu yang dapat saya listkan, rasa cam nak temuntah pon ada...

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu.

Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya, kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.

Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.

Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China.


Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India .

Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak ... Lekatlah nama pontianak .

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam.

Hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari. .. ..Penanggal' . Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu... ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong.

Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer.

Macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,komputer, komputer akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja... samala macam korangggg!!! ! haha

Advertisements

Advertisements