Park Ji-Sung Gesa MU Bangkit Atasi Kekecewaan

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Park Ji-Sung menggesa rakan sepasukannya untuk bangkit mengatasi kekecewaan selepas kalah 1-2 ke atas Liverpool Sabtu lalu dan menumpukan sepenuhnya kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga Juara-juara Eropah.

Penyandang gelaran juara 11 kali Piala FA itu kecundang selepas jaringan Dirk Kuyt pada saat akhir berjaya menyentap ego Manchester dan memberi kemenangan mutlak kepada Liverpool untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Kita mesti lupakan permainan ini, maju ke depan dan lihat masa hadapan,” katanya ketika bercakap di Manchester United TV (MUTV).

“Kami masih mempunyai Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-juara Eropah untuk difikirkan,” katanya. – AFP

Advertisements

Advertisements