Penyu bertaring di pulau Singa


BIARPUN pertama kali beraksi di padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar Singapura, ia tidak menghalang barisan Terengganu mempamerkan taringnya apabila berjaya membawa pulang tiga mata berharga selepas mengecewakan Lions XII 1-0, malam kelmarin.

Malah, tambah menggembirakan jurulatih, Mat Zan Mat Aris, walaupun agak tertekan pada awal babak pertama, pemain memperagakan aksi bermutu pada babak kedua untuk mengutip kemenangan keempat berturut-turut.

Namun, yang pasti kelibat pemain import, Francis Forkey Doe, yang sebelum ini ‘diharamkan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada beraksi, membuktikan sentuhannya terus berbisa selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya.

“Saya bangga dengan corak dipamerkan Doe yang bukan saja mampu mengucar-ngacirkan pertahanan lawan, malah bijak menghidu peluang,” katanya.

Advertisements

Advertisements