Piala FA: Liverpool, Chelsea Mara

LIVERPOOL berjaya menewaskan Manchester United 2-1 manakala Chelsea menang tipis 1-0 ke atas QPR pada aksi pusingan keempat Piala FA, malam tadi untuk menempah tempat ke pusingan kelima.

Di Anfield, jaringan Dirk Kuyt pada minit ke-88 memastikan kemaraan Liverpool selepas jaringan Daniel Agger (21) berjaya disamakan United menerusi Park Ji-Sung (39).

Chelsea pula mara hasil jaringan penalti Juan Mata pada minit ke-62 pada pertembungan yang berlangsung di gelanggang sendiri QPR, Loftus Road.

Turut mara, Bolton yang menewaskan Swansea 2-1, Stoke menewaskan Derby County 2-0, Birmingham menewaskan Sheffield United 4-0, Norwich menewaskan West Brom 2-1 manakala Crawley Town menewaskan Hull City 1-0.

Namun Sheffield Wednesday dan Blackpool, Millwall dan Southampton bakal beraksi pada perlawanan ulangan pusingan keempat selepas masing-masing mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi malam tadi.

Dua lagi baki aksi pusingan keempat bakal berlangsung malam ini, Sunderland bertemu Middlesbrough (9.30 mlm) dan Arsenal bertemu Aston Villa (12 tgh mlm).

Undian bagi pusingan kelima yang dijadual pada 17-19 Februari pula akan diadakan, 11.30 malam ini bagi menentukan siapa bertemu siapa di kalangan 16 pasukan terbaik ini.

Advertisements

Advertisements