Dianggarkan 1,000 lagi cedera selepas perlawanan Liga Perdana Mesir di antara Al-Masry dan Al-Ahly, di bandar Pelabuhan Said, kelmarin.

Dalam kejadian itu, penyokong tuan rumah, Al-Masry dilihat menyerbu pemain, pegawai dan penyokong Al-Ahly selepas perlawanan dengan membawa pisau, batang besi, mercun dan batu ke dalam stadium.
Berikutan dari rakaman TV kejadian itu, rakyat dan ahli politik Mesir menuduh angkatan tentera dan pegawai keselamatan adalah punca kepada tragedi tersebut kerana kawalan keselamatan yang sangat longgar dan seolah-olah membiarkan sahaja rusuhan itu berlaku.
Terdapat juga spekulasi mengatakan tentera dan pegawai keselamatan adalah pro-Mubarak yang ingin membalas dendam atas kejatuhan regim itu di tangan rakyat, tahun lalu.
Jurulatih pasukan Al-Ahly, Manuel Jose yang trauma akibat dari kejadian itu berkata beliau telah ditumbuk dan ditendang di leher, kepala dan di kaki.
"Saya lihat beberapa penyokong Al-Ahly mati di depan mata saya, tapi kami tidak boleh berbuat apa-apa.
"Tragedi ini telah mengubah hidup saya sepenuhnya," kata bekas jurulatih Amerika Syarikat itu.
Presiden FIFA, Sepp Blatter telah meminta laporan penuh kejadian berikut kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Mesir, Samir Zaher untuk siasatan lanjut.