Trio import gagal pamer prestasi

KETIADAAN beberapa tonggak utama yang menyarung jersi kebangsaan menjadi antara punca Kelantan dibaham skuad Harimau Malaya 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Tonggak dimaksudkan itu adalah Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, S Subramaniam, Aziz Ismail dan Shakir Saari.

“Saya tidak risau dengan situasi ini kerana pemain utama kita ada bersama mereka (Harimau Malaya). Saya beri peluang kepada semua pemain saya malah saya menurunkan ramai pemain muda untuk merasai sendiri aksi tertinggi.

“Tak kisah kita kalah pada perlawanan ini kerana ini bukan aksi sebenar liga atau pun AFC. Daripada aksi ini ia dapat membantu saya melihat mana kekuatan serta kelemahan pasukan dan itulah gunanya perlawanan persahabatan,” kata jurulatih, Peter Butler, semalam.

Apa pun, kredibiliti yang ditunjukkan tiga import - Mohamad Ghaddar, Dennis Antwi dan Emmanuel Okine - juga menjadi bahan bicara ketika tidak mampu mengatasi kemampuan pemain tempatan.

“Soal pemain import ini saya serah kepada pihak pengurusan,” katanya yang kecewa dengan aksi lembik trio berkenaan.

Advertisements

Advertisements