Carroll sumber inspirasi Liverpool

LIVERPOOL: Kenny Dalglish memuji penyerangnya, Andy Carroll yang memainkan peranan penting ketika menyingkirkan Manchester United pada saingan Piala FA.

Pemain yang dibeli dengan harga RM167.459 juta (�35 juta) itu terbabit dalam kedua-dua gol Reds. Carroll berjaya mengalihkan perhatian penjaga gol United, David de Gea yang hanya fokus kepadanya sebelum gol pertama terhasil manakala gol kedua pula tercipta selepas Carroll menampan sepakan gol Pepe Reina dan bola itu singgah ke kaki Dirk Kuyt yang mudah menyumbat gol kedua.

Dalglish yakin bahawa Liverpool mula nampak kepentingan yang ada pada Carroll yang sebelum ini bergelut dengan prestasi sejak tiba di Anfield sejak setahun lalu.

“Dia seorang pemain yang bagus di udara tapi kerana dialah yang kami perlu majukan. “Dia mesti dibentuk malah dirinya sendiri perlu berusaha keras untuk menjadi pemain lebih baik dan digeruni,” lata Dalglish.

“Kami akan berkerja bersamanya dan perlu lebih banyak bersabar.

“Saya pasti kami akan meraih keuntungan di akhirnya tapi kini kami mula menuai buahnya.” “Komitmen mereka, sikap dan kesungguhan untuk mendapatkan keputusan yang hebat amat dihormati terutamanya dengan keputusan dihasilkan hari ini.” - Agensi

Advertisements

Advertisements