Kejutan Mirandes

MADRID: Pasukan divisyen tiga, Mirandes bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencipta kemenangan mengejut 2-1 ke atas Espanyol pada perlawanan suku akhir kedua Piala Raja Sepanyol, semalam.

Kejayaan itu juga menyaksikan mereka mara ke separuh akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

Mirandes dan Espanyol terikat agregat 4-4 tetapi dua gol di Espanyol pada perlawanan pertama minggu lalu, mengakibatkan pelawat yang berada di kelompok teratas La Liga tersingkir.

Kemenangan itu disambut meriah penyokong setia Mirandes di Stadium Miranda de Ebro, di utara Sepanyol dan mereka kini menanti pemenang antara Athletic Bilbao atau Real Mallorca.

Espanyol bagaikan akan mengamuk selepas Rui Fonte menjaringkan gol pertama selepas separuh masa kedua bermula untuk mendahului 1-0.

Namun kapten Mirandes, Pablo Infante menyamakan kedudukan setengah jam selepas itu. Jaringan penyamaan itu menyemarakkan semangat tuan rumah dan akhirnyaFernandez Cesar Caneda mencipta gol kemenangan pada masa kecederaan. - Reuters

Advertisements

Advertisements