Kelantan FA - Tak Pandang Mudah b

PENYANDANG juara, Kelantan tetap tidak memandang mudah pertemuan menentang Kedah dalam aksi tunggal perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, mes­kipun skuad Sang Kenari masih tercari-cari rentak kemenangan, namun mereka sebuah pasukan kuat dan mampu memberi kejutan dalam saingan liga musim ini.

Menurutnya, mereka tetap menghormati keupayaan pihak lawan lebih-lebih lagi pasukan Kedah beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Saya mengakui tidak mudah bagi kita apabila beraksi di Stadium Darul Aman. Sudah pasti mereka mahu bangkit dalam perlawanan ini dan menjadikan Kelantan sebagai mangsa pertama mereka. Saya perhatikan cuma nasib tidak menyebelahi mereka apabila sekadar mencatatkan keputusan seri dalam dua perlawanan lalu.

“Selaku juara bertahan, sudah pasti mereka akan sedaya-upaya mahu mengalahkan kita. Jadi malam ini kita akan tampil barisan terkuat bagi menghadapi Sang Kenari. Tiga mata ini cukup penting bagi kita me­ngukuhkan kedudukan di persada liga,” katanya katanya kepada Sinar Harian semalam..

Mengulas mengenai gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammed Ghaddar yang masih belum menampakkan ketajaman di bahagian serangan The Red Warriors, Azman mengakui situasi itu cukup merisaukannya dan berharap pe­ngendali, Peter Butler dapat mengatasi masalah tersebut.

“Dalam dua perlawanan terakhir, gandingan mereka kurang menjadi. Mereka nampak masih belum serasi sedang­kan kita sudah mengharungi tiga perlawanan.

“Mereka tidak boleh terlalu menonjol dengan kemahiran individu, sebaliknya perlu berkerjasama dalam sebuah pasukan,” katanya.

Advertisements

Advertisements