Peringatan keras Dalglish

LONDON: Kenny Dalglish kekal dengan pendiriannya membidas pemain Liverpool dan menegaskan tidak takut untuk terus mengkritik.

Dalglish mengecam keras sesetengah pemainnya selepas The Reds tewas teruk 1-3 kepada kelab bawahan, Bolton.

Pengurus Scotland berusia 60 tahun yang jarang mengkritik skuadnya secara terbuka, mendakwa pemain kurang bersemangat dan memberi amaran akan disisih dari Anfield.

Dalglish menegaskan tidak menyesal kerana mengkritik anak buahnya secara terbuka.

“Isu yang saya katakan perlu diluahkan,” katanya. “Ia sukar untuk dilakukan namun saya berasa perlu berlaku jujur.

“Tiada siapa mampu menafikan kami tidak gagal beraksi pada tahap sebenar.

“Saya tidak fikir sesiapapun dapat bersembunyi selepas bermain begitu buruk Sabtu lalu dan saya tidak fikir sesiapapun cuba melakukannya.

“Sebelum ini, kami memuji mereka kerana mereka layak dipuji, memberikan pujian kerana beraksi dengan baik dan mengucapkan tahniah kerana cara mereka bekerja.

“Kita perlu jujur membuat penilaian termasuk jika mereka beraksi dengan buruk.” Liverpool berdepan jadual meletihkan dengan aksi timbal balik separuh akhir Piala Liga menentang Manchester City awal pagi tadi diikuti pertemuan Piala FA menentang Manchester United pada aksi Piala FA, hujung minggu. - AFP

Advertisements

Advertisements