MARANG - Terengganu akan menganjurkan Kejohanan DR 4x4 Ranggok peringkat antarabangsa dari 9 hingga 11 Mac ini, yang dijangka disertai 1,800 peserta termasuk dari Indonesia, Thailand dan Australia.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kejohanan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan RM31,000 akan berlangsung di trek sukan lasak Kampung Gong Cempedak, di sini.
"Dengan penganjuran sukan seperti ini kita dapat mempromosikan Terengganu ke negara lain selain dapat menarik perhatian pelancong luar dan dalam negara bertandang ke negeri ini terutama kepada mereka yang berminat dalam sukan lasak ini," katanya kepada pemberita selepas melawat venue kejohanan itu hari ini. Ahmad berkata kejohanan melibatkan empat disiplin iaitu perlumbaan 'cubcross', 'motorcross', berbasikal dan acara kemuncak cabaran pacuan empat roda.
Setiap acara terbahagi kepada kategori individu dan berpasukan yang terbuka kepada peserta berusia 10 tahun ke atas.
Jika penganjuran kali pertama ini berjaya, kawasan trek seluas 60 hektar ini akan dibangunkan sebagai litar tetap kejohanan lasak, kata Ahmad. - Bernama
Showing posts with label Sukan Lain. Show all posts

Pelumba negara tersenarai barisan utama Honda
PELUMBA Cub Prix Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Emir Fridaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi menerima pengiktirafan Honda Motor Co, Japan yang turut disenaraikan bagi menghadapi Kejuaraan Motosikal FIM Asia Petronas 2012.
Ketiga-tiga mereka akan menyertai pelumba handalan Kejuaraan Superbike British, Ryouichi Kiyonar, sekaligus diletakkan dalam senarai pelumba rasmi Honda.
“Projek ini akan menjadi sebahagian daripada kejohanan ini yang akan memilih pelumba-pelumba daripada 12 negara Asia dan Oceania, bagi melahirkan pelumba Grand Prix di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Honda akan membekalkan jentera mengikut spesifikasi perlumbaan berdasarkan model pasaran seluruh dunia, CBR250R dan turut meletakkan bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada pada setiap perlumbaan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelumba-pelumba muda ini.

Terengganu pertaruhkan petinju pelapis kebangsaan
TERENGGANU bakal mempertaruhkan dua petinju kebangsaan pada kejohanan tinju Sukan Malaysia (Sukma) di Kuatan Pahang, Julai depan.
Setiausaha Persatuan Tinju Amatur Terengganu, Razali Mamat berkata, dengan kehadiran kedua-dua petinju, Mohd Hakim Hafizuddin Kategori 46 kilogram (kg) Mohd Shahrulnizam Mohd Ali Kategori 60kg membolehkan Terengganu menghantar pasukan penuh pada kejohanan itu sekali gus mengutip pingat emas.
“Kedua-dua petinju itu baru diserapkan ke pasukan pelapis kebangsaan tahun ini setelah mengikuti latihan di pusat tinju serantau di Stadium Larkin, Johor tahun lalu.
“Sebagai persediaan menghadapi Sukma, Terengganu akan menghantar seramai tujuh atlet tinju untuk menjalani latihan di Sekolah Sukan Trang, dekat Hatyai Thailand selama sebulan, awal Mac akan datang,” katanya.
Bagi perkembangan lain, Terengganu turut menghantar empat petinju menyertai Kejohanan Tinju Terbuka dalam Kategori 52, 64, 75 dan 81 kg sebagai satu latihan dan pendedahan di Jitra Kedah selama lima hari, bermula kelmarin.

Enam beregu alternatif di Macau
BUKAN sekadar tiga kombinasi, sebaliknya skuad negara memiliki sekurang-kurangnya enam kombinasi beregu berbeza yang boleh disandarkan harapan bagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, 13 hingga 19 Februari ini.
Ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her (kanan) menegaskan, dia tidak hanya bergantung kepada kombinasi sedia ada termasuk pasangan emas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong untuk mengutip mata tetapi kini sedang membentuk enam kombinasi mantap yang mampu diturunkan bila-bila masa untuk memerangkap lawan.
“Awal-awal lagi saya sudah tegaskan tidak ada penumpang dalam pasukan apabila meminta semua pemain yang disenaraikan sentiasa bersedia untuk diturunkan. Ini kerana saya tidak mahu terlalu bergantung kepada kombinasi sedia ada yang sudah mampu ‘dibaca’ lawan.
“Jadi, dalam latihan saya pecahkan kombinasi sedia ada dengan menggandingkan mereka dengan pasangan baru. Namun, kombinasi mana yang akan diturunkan bergantung kepada strategi serta lawan yang ditentang,” katanya selepas latihan di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.
Antara kombinasi baru yang dibentuk Kim Her ialah memecahkan Kien Keat-Boon Heong dengan menggandingkan Boon Heong dengan Thien How yang pernah menjadi pasangannya sebelum ini apabila merangkul kejuaraan remaja dunia 2004.
Malah, Boon Heong-Thien How yang digandingkan di Piala Sudirman tahun lalu membuktikan gandingan mereka belum berkarat apabila mengejutkan pasangan utama Korea, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung yang menjadi badi kepada Kien Keat-Boon Heong sebelum ini.
Turut dipecahkan adalah gandingan Lim Khim Wah-Goh V Shem apabila Kim Her menyatukan semula V Shem dengan Kok Siang.
“Saya gembira kerana beberapa kombinasi baru yang dibentuk mula serasi, sekali gus memberi kita alternatif tambahan. Jika kena dengan strategi, saya percaya mereka mampu melakukan kejutan,” tambah Kim Her.

Kejohanan sukan ekstrem di Kuala Terengganu Mac ini
KUALA TERENGGANU - Kira-kira 1,200 orang dijangka bersaing dalam sukan ekstrem di litar Kampung Gong Cempedak di sini selama tiga mulai 9 Mac ini.
Pengerusi Kelab Ranggok, Mohd Idris berkata kejohanan terbahagi kepada kategori individu dan berpasukan yang terbuka kepada peserta berumur 10 tahun ke atas.
Acara yang dipertandingankan ialah cubcross, motorcross, berbasikal dan acara kemuncak iaitu cabaran pacuan empat roda.
Beliau berkata kejohanan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Mohd di talian 019-9898653.

Piala Thomas: Koo dan Tan mungkin dipisahkan
KUALA LUMPUR - Gandingan utama beregu negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mungkin dipisahkan sebagai salah satu strategi Malaysia menyekat penguasaan beregu Korea Selatan dalam kempen Kelayakan Piala Thomas di Macau, dari 13 hingga 19 Feb ini.
Jurulatih beregu negara Pang Cheh Chang berkata Koo/Tan yang membentuk beregu nombor enam dunia bakal berdepan dua gandingan terkuat lawan, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae di ranking kedua dunia dan Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong di tangga ke-empat.
"Saya dan ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her mungkin menggandingkan Tan dengan Hoon Thien How. Gandingan itu sebelum ini pernah diuji di kejohanan Piala Sudirman di Qingdao, China pada Mei lepas dan melakar kemenangan ke atas Jung Jae Sung/Lee Yong Dae," katanya di sini hari ini.
Sementara Koo boleh digandingkan dengan pemain beregu lain yang tersenarai ke Macau seperti Lim Khim Wah, Goh V Shem dan Teo Kok Siang.
Malaysia yang yakin dengan kemampuan dua pemain perseorangannya, Datuk Lee Chong Wei dan Muhammad Hafiz Hashim untuk mengutip dua mata, mengharapkan beregu mampu mencuri satu mata kemenangan.
Pang berkata keserasian Tan/Hoon kini diuji dalam sesi latihan dan pemain tersebut masih mempunyai masa seminggu lagi untuk memantapkan gandingan mereka sebelum skuad Piala Thomas dan Uber negara berlepas ke Macau pada Sabtu depan.
Skuad negara akan memulakan kempen Kelayakan Piala Thomas dengan bertemu Hong Kong pada 14 Feb diikuti Korea Selatan pada keesokan harinya. - Bernama

Kim Her ambil risiko cuba gandingan baru
GANDINGAN beregu lelaki negara bakal dirombak menjelang aksi kelayakan Piala Thomas di Macau bermula 13 Februari depan.
Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Beregu Lelaki, Tan Kim Her belum memutuskan siapa gandingan baru tersebut dan segalanya akan diteliti sepanjang latihan pusat yang berakhir Jumaat depan.
“Percaturan ini dibuat khusus bagi menghadapi perlawanan peringkat kumpulan menentang Korea Selatan dan Hong Kong. Tetapi keputusan belum dibuat lagi kerana saya mahu lihat keserasian antara mereka,” katanya.
Menurutnya, Koo Kien Keat yang bergandingan dengan Tan Boon Heong, mungkin akan digandingkan dengan empat beregu lain iaitu Goh Wei Shem-Lim Khim Wah dan Hoon Thien How-Teo Kok Siang.
Diundi bersama Korea Selatan dan Hong Kong, Kim Her mengakui berdepan beregu Korea adalah sukar namun satu mata perlu di peroleh daripada gandingan beregu utama.
“Ini baru perancangan awal kerana dari masa ke semasa perkara ini akan dibincangkan lagi kerana apa yang penting beregu Korea perlu ditumpaskan.
“Meskipun kami digelar underdog, ia bukan masalah kerana kami tetap akan berusaha untuk dapatkan mata pada perlawanan itu nanti,” katanya.
Enggan meletakkan sebarang ramalan awal, Kim Her turut mengulas pemain yang mengalami kecederaan sudah hampir pulih sepenuhnya untuk memulakan kempen menentang Hong Kong pada 14 Februari sebelum membuat perhitungan dengan Korea keesokan harinya.

Kata putus milik BAC
SELEPAS menegaskan kejohanan berpasukan Piala Thomas tahun ini tidak penting pada tahun Olimpik, kemunculan kejohanan berpasukan membabitkan pasukan rantau Asia Tenggara, Jemputan Piala Axiata bermula 23 hingga 25 Mac ini bakal mencetuskan kontroversi sekiranya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk menghantar pasukan elit.
Kejohanan mengikut format Piala Thomas yang baru dimasukkan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu dikatakan menjemput lapan pasukan lelaki bertanding dengan dua dari Malaysia, dua (Indonesia) serta masing-masing satu (Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina).
Malah kejohanan itu juga akan dilangsungkan di dua lokasi iaitu di Malaysia dan Indonesia.
Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata, pihaknya belum memutuskan siapa yang akan bermain namun semuanya bergantung kepada arahan Konfederasi Badminton Asia (BAC) sama ada mahu setiap negara menghantar pasukan terbaik ataupun bebas.
“Kami belum membincangkan mengenai kejohanan ini tapi siapa yang akan dihantar tertakluk kepada permintaan BAC,” kata Kenny.
Sementara itu, Ketua Pengarah Cawangan Elit Majlis Sukan Negara (MSN), Ariffin Ghani yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Program (JKP) Majlis Sukan Negara (MSN)-BAM semalam berkata, BAM tidak menyebut mengenai kejohanan Piala Axiata dalam pertemuan kedua-dua pihak.
“Hal itu tidak dibincangkan tapi jika BAM mahu menghantar atlet elit, mereka perlu berjumpa kami dan berbincang mengenainya,” kata Ariffin.
Salah seorang daripada Pasukan Prestasi Tinggi (HPT), Leftenan Kolonel (B) Wong Ah Jit pula berkata: “Saya rasa lebih baik minta kejohanan itu diadakan selepas Sukan Olimpik. Kita tak mahu perancangan yang dilakukan untuk Program Road to London (RTL) terganggu.
“Penganjurannya amat baik kerana mempopularkan lagi sukan ini tapi saya berpendapat lebih baik kita beri pendedahan kepada pemain pelapis.” Mengenai hasil mesyuarat JKP antara kedua-dua pihak terbabit, Ariffin berkata, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei perlu kekal berada di kedudukan teratas itu atau setidak-tidaknya nombor dua dunia pada saingan Olimpik nanti - sasaran yang mungkin tidak tersasar.
“Mengikut perkiraan untuk mendapatkan laluan selesa, Chong Wei perlu kekal di ranking pertama atau kedua namun untuk Koo Kien Keat-Tan Boon Heong perlu berada dalam kelompok empat terbaik, mereka perlu muncul juara Seluruh England.
“Begitupun kita sedar sukar untuk mereka mencapai keputusan besar ketika ini dan kami merancang untuk menyediakan pemain terbabit dalam keadaan paling bersedia bagi berdepan laluan sukar di Olimpik nanti dengan mengabaikan sasaran ranking Olimpik,” kata Ariffin.
MSN juga memutuskan skuad badminton negara akan ke London dua minggu lebih awal daripada tarikh pembukaan rasmi temasya pada 22 Julai.
“Skuad badminton negara akan berada di Universiti Bath selama dua minggu iaitu bertolak dari Kuala Lumpur pada 7 Julai hingga 22 Julai.
“Penentuan sama ada pemain akan tinggal di perkampungan sukan pada hari berikutnya, kami minta jurulatih putuskan tapi kami nasihatkan mereka supaya terus tinggal di Bath kerana mempunyai kemudahan lengkap.
“Jarak dari perkampungan sukan ke venue di Wembley juga jauh,” kata Ariffin yang mengesahkan jurulatih akan memutuskan sama ada pemain akan tinggal di perkampungan atau di Bath selepas kelayakan Piala Thomas di Macau 13-19 Februari ini.
Badminton akan membuka tirai saingan di Olimpik pada 28 Julai.

Legenda badminton negara kembali ke rahmatullah
Mohd Sanusi Mohamad, 67, atau turut dikenali Saha Sanusi yang juga merupakan legenda badminton negara kembali ke rahmatullah, kira-kira jam 9.20 malam kelmarin, di Hospital Columbia Asia, Cheras akibat kanser darah tahap akhir.
Menurut anaknya, Hartyny Saha, 33, berkata, ayahnya menghembuskan nafas terakhir setelah lebih enam bulan terlantar dan sejak sebulan lalu kesihatan kurang mengizinkan sehingga gagal bergerak.
“Sebelum ini arwah hanya disahkan menghadapi masalah jantung juga tulang belakang, malah daripada pemeriksaan bulanan pun tidak dapat mengesan penyakit kansernya.
“Cuma pada Isnin lalu, selepas lebih tiga hari arwah tidak menjamah makanan dan kami ahli keluarga khuatir melihatkan keadaan arwah semakin lemah, kami merujuk ke hospital sebelum dimaklumkan arwah menghidap kanser darah tahap akhir,” katanya kepada Sinar Harian.
Hartyny berkata, menjadi hasrat arwah agar mereka tujuh beradik meneruskan legasi Saha dalam arena badminton negara.
“Dua abang saya kini menjadi jurulatih badminton masing-masing di Itali dan Jerman, manakala empat cucu arwah kini turut menjadi wakil Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA).
Arwah meninggalkan balu Hayatee Ahmad, 65, tujuh anak, Cheiryl Saha, 41; Davincy saha, 40; Eddeeza Saha, 39; Fredyno Saha, 38; Geevien Saha, 36; Hartyny Saha, 33; dan Idyvino Saha, 21 serta 13 cucu.

Nicol rangkul gelaran sulung Cleveland Classic
KUALA LUMPUR - Jaguh nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David memenangi gelaran sulung Kejohanan Skuasy Cleveland Classic selepas menumpaskan bintang England Laura Massaro pada perlawanan akhir di Ohio, Amerika Syarikat, pagi tadi.
Dalam perlawanan di Cleveland Racquet Club, Ohio, Nicol bagaimanapun dikejutkan 7-11 pada set pembukaan.
Nicol, 28, yang membuka tirai 2012 dengan menjuarai Siri Dunia pertama di London, awal bulan lalu, bangkit semula 12-10, 11-7 dan 11-8 untuk menebuskan kekecewaan kepada pemain nombor empat dunia itu pada final sama tahun lepas.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu menempah tiket perlawanan akhir dengan menyingkirkan pemain nombor tiga dunia, Madeline Perry 11-3, 11-4, 11-6 pada saingan separuh akhir.
Manakala Massaro, pemain pilihan ketiga kejohanan, hanya mengambil masa 28 minit untuk melangkah ke final apabila menumpaskan pemain bukan pilihan tuan rumah, Amanda Sobhy, 11-9, 11-5, 11-6. - Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)
What's popular on zoom

Twitter
Facebook